Naib Presiden yang menjalankan kerja-kerja Timbalan Presiden UMNO itu berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini berdepan pelbagai isu integriti antaranya kes rasuah dan kewujudan kilang haram yang tidak menggambar rekod bersih dalam pentadbiran mereka.
Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mahu jentera BN negeri supaya tidak lagi bersikap pasif sebaliknya agresif dalam menyerang dan mendedahkan kepincangan Kerajaan DAP Pulau Pinag sekali gus membuka mata rakyat.

"Saya mahu BN negeri jangan berhenti menyerang mereka, serang dengan berfakta dan konsisten.

"Sebab sebelum ini ketika mereka menyerang dan kita ambil sikap berdiam diri, ia menjadi persepsi diterima rakyat dan rakyat melihat kita tidak melakukan yang sepatutnya," katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tasek Gelogor di Perda di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Bahagiannya, Datuk Shabudin Yahaya. - UTUSAN ONLINE