Penolong Pengarah Ka­nan AADK negeri, Ahmad Nazir Long berkata, ini ke­rana langkah untuk meng­atasi gejala pe­nya­lahgunaan da­dah perlu ber­mula dari akar umbi.

Beliau berkata, bacaan ayat suci al-Quran merupakan satu terapi terhadap OKP.

“Sebelum ini memang sudah terdapat slot bacaan al-Quran diterap di Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC), namun ini kali pertama kita anjurkan program bacaan sempena sambutan Quran Hour di negara ini,” katanya selepas Program Malaysia #Quran­Hour anjuran AADK Barat Daya di Teluk Bahang, di sini hari ini.

Dalam program ber­kenaan, seramai 50 OKP di daerah Barat Daya menyertai majlis bacaan al-Quran selama sejam yang dipimpin pegawai agama daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).

Menurutnya, pegawai agama Jakim turut memberi tafsiran terhadap OKP mengenai maksud ayat-ayat suci yang dibaca untuk kefahaman mereka.

“Sebahagian OKP bo­leh membaca al-Quran manakala sebahagian lagi memerlukan bimbingan dan menyifatkan komitmen yang ditunjukkan golongan itu merupakan perkembangan positif ke arah usaha pemulihan,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, AADK ne­geri akan melancarkan Ru­mah Mengaji al-Quran pada bulan depan.

“Ia terbuka kepada ma­syarakat setempat yang berminat malah AADK turut mengalu-alukan su­karelawan yang ingin menjadi tenaga pengajar,” katanya.

Menurutnya, sehingga Julai lepas, pihaknya me­ngendalikan 6,850 OKU di lima pusat di seluruh ne­geri.

“Daripada jumlah itu, seramai 3,050 merupakan OKP beragama Islam dan mereka inilah akan kita dedahkan terhadap aktiviti membaca al-Quran de­ngan lebih kerap,” katanya.