Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 5 petang semalam, Maritim Malaysia turut memeriksa lima bot Barter Trade mencurigakan ketika berada di kawasan perairan negara berhampiran Pulau Kendi di sini.

Pengarah Maritim Daerah Ma­ri­tim 2 Pulau Pinang, Kapten Maritim Rozali Mohd. Said berkata, hasil daripada perkongsian maklumat, pihaknya telah mengge­rakkan dua bot peronda dan 20 anggota dengan kerjasama 15 anggota Jabatan Imigresen Malaysia negeri.

“Kesemua bot yang diperiksa adalah 11 tetapi enam daripada­nya yang membawa 63 lelaki warganegara Myanmar telah me­langgar Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6(1)(c) kerana tidak mempunyai permit sah untuk bekerja di negara ini.

“PATI yang berusia antara 20-an hingga 30-an itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya dan Jabatan Imigresen akan menjalankan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa agar semua pihak termasuk

ejen yang membawa masuk buruh asing mematuhi undang-undang perairan negara.

“Orang ramai boleh menghubung talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 bagi memaklumkan sebarang aktiviti jenayah dan kecemasan,” katanya.