A. Thaiveegan

Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, mereka merupakan sebahagian daripada kesiapsiagaan pasukan polis ne­geri ini dalam menghadapi PRU-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, penugasan anggota itu disifatkan memadai selain jentera yang bersiap sedia bagi berdepan situasi tidak di­jangka.

“Jumlah anggota ini bagi memastikan situasi terkawal iaitu sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya pilihan raya umum akan datang,” katanya selepas meninjau Latihamal Ex-undiper PRU-14 Siri 2, di sini hari ini.

Seramai 300 anggota dan pegawai polis terlibat dalam latihan simulasi itu membabitkan persediaan sekiranya berlaku rusuhan antara penyokong parti yang bertanding.

Thaiveegan berkata, pihaknya memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan orang awam sepanjang tempoh pilihan raya umum berkenaan.

“Mereka yang melakukan kesalahan akan ditahan dan kita akan menguatkuasakan undang-undang demi keamanan dan ke­selesaan pengundi atau orang awam yang mahu melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.