Perhimpunan aman yang dianjurkan selepas solat Jumaat itu turut disertai 10 pertubuhan bukan kerjaaan (NGO) di negeri ini.

Penyelaras Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Pulau Pinang, Syaiful Yamin Dahlan berkata, pendirian tegas umat Islam di seluruh dunia diyakini mampu menyekat kekejaman berterusan ke atas etnik Rohingya.

“Kita tuntut kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN.

“Kita juga menggesa pertubuhan antarabangsa menarik Anugerah Nobel Keamanan yang diberikan kepada Aung San Suu Kyi yang dilihat seolah-olah menyokong kekejaman terhadap etnik Rohingya,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan itu. - UTUSAN ONLINE