Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berkenaan disedari kira-kira pukul 7 pagi tadi oleh petugas pusat berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga pelatih itu yang masing-masing berusia 35, 37, dan 52 tahun baru dua bulan ditempatkan di situ.

“Berdasarkan maklumat, mereka memakai tshirt berwarna merah bertulis CRCC Kampung Selamat dan seluar sukan biru gelap ketika melarikan diri dengan memanjat panjat setinggi 10 kaki yang turut dipasang gelung dawai,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis setakat ini telah menemukan sehelai seluar di atas pagar dan sarung tangan yang dipercayai digunakan untuk melarikan diri.

Katanya, Unit Anjing Pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) negeri berjaya mengesan jejak bermula dari tepi pagar sehingga ke sempadan Padang Serai, Kedah.

“Bagi meluaskan lagi usaha mengesan mereka, polis Seberang Perai Utara (SPU) telah meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan Kuala Muda, Kedah,” katanya. - UTUSAN ONLINE