Kedua-dua buah bot itu ditahan kira-kira pukul 5.15 petang dan 5.30 petang selepas dikesan sedang memukat ikan dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun, hasil pemeriksaan mendapati dua tekong lelaki tempatan berumur 35 dan 48 tahun bersama seorang kru lelaki tempatan berumur 38 dan dua kru lelaki warga Thailand berumur 28 dan 30 tahun berada di atas kedua-dua bot tersebut.

Katanya, mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan serta lesen bot yang telah tamat tempoh.

“Kedua-dua bot berkenaan berserta dua tekong dan tiga kru, empat unit pukat hanyut dan hasil tangkapan udang kira-kira 15 kilogram ditahan dan diiringi ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

BOT nelayan tempatan yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Tanju

BOT nelayan tempatan yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Tanjung Bungah, Pulau Pinang petang semalam kerana melanggar syarat lesen. - UTUSAN ONLINE

Dalam pada itu, Hamizan mengingatkan semua pengusaha bot nelayan tempatan supaya sentiasa mematuhi peraturan lesen vesel yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan.

Tambah beliau, orang awam juga diminta berkerjasama melaporkan sebarang kejadian jenayah, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146. - UTUSAN ONLINE