Pengarah Imigresen negeri, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, seramai 5,129 majikan juga telah mendaftar untuk program berkenaan membabitkan kutipan kompaun sebanyak RM2.5 juta.

Tambahnya, seramai 4,275 PATI pula telah mendaftar untuk pulang ke negara asal membabitkan kutipan kompaun sebanyak RM1.7 juta.

“Pada tahun ini pula, JIM negeri telah melaksanakan 679 operasi membabitkan tangkapan seramai 1,447 orang PATI,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE