Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program selam skuba 
di Perdana Resort

KOTA BHARU 1 Mac – Orang ramai yang berminat dalam bidang selam skuba tidak perlu lagi pergi jauh kerana sebuah syarikat, Day and One Scuba Divers menyediakan kelas khas untuk golongan tersebut.

Muhamad Yusri Jusoh

Buat julung kalinya program menyelam skuba diadakan di Perdana Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan di sini pada setiap hujung minggu.

Pengurus Day and One Scuba Divers, Muhamad Yusri Jusoh berkata, program tersebut diadakan pada tiga sesi setiap hari Jumaat dan Sabtu.

“Kita adakan tiga sesi iaitu petang Jumaat bermula pukul 3 petang serta pada hari Sabtu bermula pada pukul 9 pagi sehingga 3 petang.

“Program tersebut adalah hasil idea sahabat saya iaitu, Nasrul Hairi Che Soh, 35, yang merupakan pengajar berlesen,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di resort tersebut di sini baru-baru ini.

Katanya, program tersebut terbuka kepada mereka yang berumur 10 tahun ke atas ke­cuali penghidap asma tidak digalakkan.

“Kita amat meng­-
ga­lak­kan remaja seluruh negeri ini untuk me­n­yertai program ini supaya mereka tidak terlibat dengan gejala sosial dan melepak di pasaraya,” katanya.

Tambahnya, remaja yang terlibat dan mengambil lesen selepas ini boleh jadikan menyelam skuba sebagai kerjaya untuk menambah pendapatan.

“Bagi sesiapa yang berminat boleh ke pejabat kami di Medan Ikan Bakar Kedai Buluh atau menghubungi Yusri Jusoh di talian 0199696968 atau 0126090232.

“Ingin tahu lebih lanjut boleh layari laman sosial Facebook kami D&O Scuba Divers, kita akan sentiasa kemaskini program yang kita adakan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain