Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program kompetensi bagi guru KAFA

ISKANDAR PUTERI 11 Mei – Pelbagai program kompetensi berkaitan pendidikan Islam bagi guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini akan dijalankan bagi meningkatkan kualiti pendidikan sekolah tersebut.

Abd. Mutalib Abd. Rahim.
Abd. Mutalib Abd. Rahim.

Pengerusi Jawatankuasa A­ga­­­ma­ negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, program kompetensi yang diilhamkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu akan dimulakan mulai tahun ini hingga 2020 bertujuan menilai guru-guru KAFA yang layak untuk dicadang­kan melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan.

“Tujuan perkara ini dilakukan adalah bagi melayakkan mereka memohon jawatan sebagai guru agama di sekolah agama seluruh negeri ini.

“Ini kerana masih terdapat banyak kekosongan jawatan guru agama yang perlu diisi oleh mereka yang layak,” katanya menjawab soalan Norshida Ibrahim (BN-Buloh Kasap) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Hingga kini terdapat seramai 1,971 guru KAFA yang ber­khidmat di 574 sekolah agama di negeri ini.

Abd. Mutalip turut memaklumkan sejak tahun 2014, kerajaan negeri telah memberikan cuti selama dua bulan berserta elaun bulanan kepada guru KAFA yang bersalin.

“Elaun yang diberikan adalah sebanyak RM512 sebulan. Kerajaan negeri ini merupakan satu-satunya kerajaan yang me­laksanakan pemberian elaun sara hidup itu bagi guru KAFA bertaraf sambilan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain