Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini termasuklah Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal yang seakan semakin hilang daya tarikannya.

“Bila kami ambil alih kerajaan, produk ini sudah ada...jadi tidak wajar jika kami tinggalkan begitu sahaja termasuk projek-projek yang sedia ada.

“Kita kena cari jalan bagaimana untuk menjadikan projek yang kurang berdaya maju dan kurang mendatangkan aktiviti ekonomi kepada projek yang mendatangkan hasil..pertamanya kepada masyarakat di kawasan sekitar, kepada pengusah pelancongan dan kepentingan kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Daerah Hulu Terengganu di Masjid Al Amin Kampung Buluh, Kuala Berang, di sini petang semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A.Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh.

Dalam majlis yang sama, Ahmad Samsuri dan isteri, Tuan FaizahTuan Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan raya kepada 51 anak yatim.

Terlebih dahulu, Ahmad Samsuri meluangkan masa hampir satu jam mendengar taklimat pembangunan daerah di Bilik gerakan Pejabat Daerah.

Mengulas mengenai pemberian bonus Aidil Fitri untuk 10,600 penjawat awam negeri, beliau berkata, keputusan akan diketahui selepas mesyuarat mingguan Exco dalam masa terdekat.- UTUSAN ONLINE