Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, menerusi platform itu mana-mana lepasan diploma dan ijazah yang masih menganggur akan diberikan latihan  untuk menambahkan pengalaman mereka di samping membuka peluang-peluang pekerjaan bagi berkhidmat di syarikat milik kerajaan negeri mahu pun swasta.

Katanya, antara bidang latihan yang ditawarkan adalah pertanian, pembinan/pembuatan, pengurusan, usahawan, pelancongan, perikanan dan penternakan.

"Peserta yang terpilih mengikuti program ini akan ditempatkan di bawah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri dalam tempoh enam bulan dengan pemberian elaun sebanyak RM1,000 sebulan.

"Graduan boleh memohon berdasarkan minat mereka berdasarkan bidang latihan yang ditawarkan,  dan permohonan terbuka kepada semua anak negeri berusia 20 tahun ke atas mulai 1 Oktober ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan cek pembayaran dividen dan perkongsian keuntungan oleh Kumpulan TDM Berhad kepada agensi-agensi kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mereka yang ingin memohon boleh melayari portal http://tgtp.terengganu.gov.my/ untuk maklumat lanjut.-UTUSAN ONLINE