Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Polis tidak terima permohonan anjur debat Mohamed Nazri-Mahathir

Nazri-Tun M
POLIS Perak mengesahkantidak menerima sebarang permohonan rasmi berhubung penganjuran majlis debat antara Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. - UTUSAN ONLINE

IPOH 17 Mac - Polis Perak tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran majlis debat antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, majlis tersebut dikatakan akan berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar pada pukul 3 petang 25 Mac ini.

“Pihak polis mengesahkan tiada permohonan untuk berhimpun itu dibuat. Oleh itu, sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis maka perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 Akta Perhimpunan Haram 2012, sekolah termasuk dalam jadual tersebut dan sekiranya majlis itu berlangsung di tempat berkenaan, pihak polis boleh mengambil tindakan ke atas mana mana orang kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai.

“Orang ramai diingatkan sekiranya mereka terlibat di dalam perhimpunan yang dinyatakan, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang- undang yang ada,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain