Tanpa bimbingan dan semangat tinggi, pasti mereka akan rebah sebelum sampai ke garisan penamat. 

Wartawan Utusan Malaysia, FAUZI SUHAIMI bersama jurugambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif Jutawan Produk.com, DATUK KAMARUL ARIFFIN JAINAL ABEDEEN bagi berkongsi mengenai cabaran dan usahanya membantu usahawan bumiputera untuk berjaya terutama dalam perniagaan berasaskan kecantikan dan kesihatan.

UTUSAN: Boleh Datuk jelaskan peranan yang dimainkan oleh Jutawan Produk.com?

KAMARUL ARIFFIN: Fokus utama Jutawan Produk.com adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera menceburi bidang perniagaan berasaskan kecantikan dan kesihatan dengan hanya bermodalkan se­rendah RM13,000 merangkumi se­mua sehingga penghasilan sesuatu produk perniagaan.

Seperti semua sedia maklum, isu pengangguran dalam kala­ngan golongan muda dilihat semakin membimbangkan sedangkan ramai graduan-­graduan yang kini masih tidak mempunyai pe­kerjaan tetap.

Oleh itu, kami secara tidak langsung turut menyahut seruan kerajaan untuk mencari alternatif lain dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan bagi mengurangkan kadar pengangguran ne­gara.

Ekoran daripada itu, Jutawan Produk.com menyasarkan supaya golongan muda mengambil peluang sekali gus memiliki produk jenama sendiri.

 

Sudah berapa lama Jutawan Produk.com bertapak dalam pasaran?

Jutawan Produk.com mula berada dalam pasaran sejak tahun 2015. Sebelum ini perniagaan kami fokus kepada reka bentuk pembungkusan produk sahaja.

Boleh kongsikan sedikit kepakaran yang dimiliki syarikat Datuk?

Selain melahirkan usahawan untuk memiliki produk jenama sendiri, kita mengambil tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai per­khidmatan termasuk khid­mat nasihat kepada usahawan bermula dengan penentuan jenis produk, sampel produk, botol, jenama, reka bentuk dan pembungkusan serta kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Perkhidmatan yang disediakan bermula dari bawah sehingga u­sahawan memiliki produk pi­lihan masing-ma­sing dan boleh dijual secara terus dalam tempoh tiga bulan.

Dalam tempoh tersebut, berapakah jumlah usahawan yang berjaya dilahirkan?

Setakat hari ini, JutawanProduk.com telah melahirkan lebih 500 pengasas produk yang terdiri daripada 99 peratus usahawan bumiputera.

Daripada jumlah itu, 60 peratus berjaya memajukan produk jenama sendiri dan ada di antara mereka telah bergelar jutawan produk dalam tempoh kurang daripada lima bulan.

Boleh Datuk berkongsi kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh ditubuhkan?

Selain dapat melahirkan peng­asas-pengasas produk yang berjaya, Jutawan Produk.com juga memiliki status pemprosesan produk yang mendapat pengiktirafan sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) di semua kilang dipantau rapi pihak Kementerian Kesihatan.

Apakah kelebihan yang ada pada Jutawan Produk.com?

Secara hakiki­nya, kami bukan mengeluarkan produk perniagaan, sebalik­nya menjadi pihak yang membantu para usahawan untuk menghasilkan dan mewujudkan produk pilihan berjenama sendiri.

Oleh itu, kelebihan yang ada pada kami adalah untuk menjadi ‘pusat sehenti’ kepada us­a­­hawan bagi mendapatkan khid­mat nasihat, kepakaran, penghasilan produk dan pemasaran.

Nasihat kepada golongan mu­da yang masih ragu-ragu da­lam dunia perniagaan?

Saya mengharapkan agar golo­ngan muda khususnya mengambil peluang yang disediakan dan le­bih berani untuk menceburi bidang perniagaan sama ada berasaskan kecantikan ataupun kesihatan.

Bagaimanapun mereka perlu mempunyai minat yang mendalam agar usaha yang dilakukan tidak dipersiakan selain berani berdepan dengan pelbagai risiko termasuk persaingan.