Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pindaan tersebut termasuk memberikan geran komunal orang asal untuk selama-lamanya.

"Inilah penyelesaian dibuat kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyelesaikan kontroversi dalam isu itu.

"Kedua, pindaan ini juga meletakkan prinsip tertunda yang mana geran itu tidak boleh dibatalkan berkaitan pajakan sementara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan bacaan kedua Rang Undang-Undang Kerajaan Kanun Tanah (Pindaan) 2018 pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 di sini sebentar tadi.

KUALA LUMPUR 4 September 2014 - Menteri Perusahaan, Perladangan
Douglas Uggah Embas

Mengupas lanjut, beliau berkata, pindaan itu dihasilkan setelah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengarahkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Pemakai Menua dan Pulau Galau tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam kes Pengarah Hutan Sarawak dan lain v. Tr Sandah Tabau dan lain.

"Meskipun ketika sakit, Tok Nan (Adenan)  mengingatkan saya untuk menyelesaikan isu ini yang menunjukkan betapa dalamnya komitmen beliau.

"Kami ingin merekodkan penghargaan kepada Allahyarham Tok Nan atas sokongan teguhnya dalam isu ini," ujarnya.

Beliau berkata, penghargaan juga perlu direkodkan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas sokongan tidak berbelah bahagi, nasihat dan panduan seterusnya membolehkan rang undang-undang itu dibentangkan.

"Pasukan petugas dan jawatankuasa kerja rang undang-undang ini telah memastikan keseimbangan secara inklusif.

"Sehubungan itu, saya merayu agar tidak dipolitikkan isu ini sebaliknya fokus untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE