Ketua Biro, Wan Zulkifli Wan Yaacob menerima  Anugerah Khas manakala wartawan, Radhuan Hussain memenangi kategori penulisan berita akhbar terbaik (penyelidikan).

Pemberita sambilan, Adnan Mohamad turut memenangi Penulisan Berita Pendidikan Online (Bahasa Melayu) dan Kategori Foto Terbaik dimenangi oleh jurufoto Djohan Shahrin.

Masing-masing menerima sijil penghargaan dan wang tunai yang disampaikan oleh  Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar. - UTUSAN ONLINE