Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim berkata, perancangan pembangunan di Iskandar Malaysia membabitkan pelbagai aspek termasuklah sudut ekonomi dan sosial.

“Peruntukkan yang wajar dan munasabah akan terus mengupayakan IRDA dalam mendorong kemasukan pelaburan ke wilayah ini.

“Malah lebih utama, secara tidak langsung akan dapat memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Pelancaran Buku Warisan Bergambar Selat Johor Barat dan pemberian geran Program Iskandar Malaysia Beyond Boundaries, di Big Wheel Seedbank, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE