Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pertandingan robotik catat rekod Malaysia

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR menyampaikan pingat kepada pelajar
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR menyampaikan pingat kepada pelajar SMK Air Putih, Kuantan, Pahang selepas muncul johan kategori Sekolah Menengah dalam pertandingan Robotic Lego Education Space Challenge Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2017 di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 21 Feb. – Penganjuran Robotic Lego Education Space Challenge peringkat kebangsaan yang disertai 1,980 pelajar hari ini mencipta rekod baharu Malaysia Books Of Records (MBOR) sebagai pertandingan robotik paling banyak penyertaan.

Pertandingan itu disertai 198 pasukan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara dianjurkan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan mendapat kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pendidikan.

Sijil pengiktirafan rekod itu disampaikan oleh wakil MBOR, Mohamad Alex Edward kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam majlis penutup pertandingan itu di Dewan Seri Siantan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden Perbadanan Putrajata (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail.

Terdahulu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, penganjuran program tersebut merupakan salah satu langkah meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem) sejajar usaha melahirkan lebih banyak pakar dalam bidang tersebut.

Katanya, pertandingan itu juga bermatlamat bagi mengukuhkan integrasi dan perpaduan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Sebanyak 45 program dianjurkan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan termasuk pertandingan seperti ini dengan pembabitan semua pihak termasuk para pelajar.

“Menerusi aktiviti bermanfaat sebegini dapat memupuk masyarakat di Wilayah Persekutuan ke arah pembentukan masyarakat yang cergas, sihat fizikal dan mempunyai minda cerdas,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain