Program yang dirintis oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini sebagai suatu manifestasi penghargaan terhadap sumbangan dalam memenuhi keperluan rakyat di samping pengorbanan mereka yang memilihkan kerjaya itu bagi kelangsungan kehidupan keluarga.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia bagi memperlihatkan komitmen berterusan oleh kerajaan untuk membangunkan sosioekonomi mereka.

Katanya, persediaan terakhir yang dilakukan berjalan lancar termasuk dari segi logistik, penyediaan tapak dan laluan masuk ke tapak prrogram.

"Perkhidmatan bas akan turut disediakan bagi kemudahan penduduk seketika ke tapak program yang akan berlangsung selama tiga hari  mulai 12 Oktober," ujar beliau ketika ketika meninjau gotong-royong perdana pembersihan tapak program itu hari ini.

Sepanjang GNN 2017 berlangsung, lebih 70 acara dengan melibatkan penyertaan warga nelayan termasuk perarakan bot berhias di samping berkaitan dengan  amalan kehidupan serta persekitaran mereka.

"Pengunjung yang hadir akan menyaksikan pelbagai acara rekreasi nelayan antaranya  permainan dam aji terbesar seperti yang dilakukan nelayan pada waktu lapang.

"Acara yang dijangka turut mencuri tumpuan ramai ialah pesta sukan air, perkhemahan agrotroopers dan demonstrasi menyelamat oleh agensi keselamatan.-UTUSAN ONLINE