Pada perlumbaan hari pertama me­nyaksikan Shawn Lee meraih tempat pertama selepas menamatkan 20 pusi­ngan diikuti Syukri Yahya di tempat ke­dua dan Fattah Amin di tempat ketiga. 

“Saya merasa puas pertama kali menamatkan perlumbaan di kedudukan ti­ga teratas selepas dua perlumbaan terdahulu di Pulau Pinang dan Selangor. 

“Saya berharap akan melakukan yang terbaik pada perlumbaan seterusnya dan mengulangi kejayaan pada hari ini,” kata Fattah. 

Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Datin Diana Danielle namun gagal menamatkan perlumbaan setelah terlibat kemalangan, manakala Janna Nick sekadar di tempat keenam.

Bagi perlumbaan kelas Sporting, Wong Chin Eeg meraih tempat pertama diikuti Brendan Paul Anthony di tempat kedua dan Kenneth Koh Keik Lun menduduki tempat ketiga. 

Sementara itu, Ho William muncul pemenang utama perlumbaan kelas Super Sporting manakala Wong Yew Choong di tempat kedua dan Syafiq Ali di posisi ketiga. 

Selain perlumbaan diadakan, acara tersebut turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan drift oleh juara dunia dari Jepun, sesi bertemu selebriti, aktiviti pandu uji, Toyota Gazoo Fun Ride dan cabutan bertuah.