Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perlu sokongan ibu bapa didik murid khas

Abdul Hamid Dollah (empat dari kanan) bersama sebahagian murid
Abdul Hamid Dollah (empat dari kanan) bersama sebahagian murid dalam Majlis Ramah Mesra Ibu Bapa dan pelancaran program Menabung Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran di SKTIP, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 19 Feb. – Proses pe­ngajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas tidak boleh disandarkan kepada guru semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat.

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas nege­ri, Abdul Hamid Dollah berkata, kerjasama ibu bapa amat diperlukan termasuk dalam memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah.

“Saya menggalakkan ibu bapa supaya hadir dan berjumpa guru serta melihat sendiri bagaimana anak-anak belajar di sekolah. Banyak cabaran dihadapi oleh murid termasuk dari aspek agama, contohnya, cara kita bimbing mereka mengenai soal keyakinan dan akidah.

“Apa yang penting adalah sasaran kita untuk melahirkan murid yang berakhlak dan berpengetahuan sempurna tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam Majlis Ramah Mesra Ibu Bapa dan pelancaran program menabung Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pende­ngaran di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra (SKTIP), di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Guru Besar SKTIP, Mohd. Din Ismail serta Ketua Deposit dan Transaksi Perbankan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kelantan, Mohd. Fazli Ibrahim.

Menyentuh mengenai program tersebut, Abdul Hamid memberitahu, pihaknya amat berharap ibu bapa memupuk budaya menabung dalam kalangan anak masing-masing.

Di samping itu katanya, penyediaan akaun bank untuk anak-anak juga penting sebagai persiapan awal bagi memudahkan sebarang saluran bantuan dilakukan pada masa depan.

“Budaya menyimpan dan menabung mesti kita pupuk dalam diri anak-anak sejak dari usia muda lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain