[email protected] Samsu, 74, menerima dokumen itu yang amat ditunggu-tunggunya selama ini, daripada Pengarah JPN negeri, Mohd. Nasharudin Md. Yusof.

Menurut Mohd. Nasharudin, kejayaan menyelesaikan kes melibatkan Ismail itu diperoleh melalui Program Walkabout Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat Negaraku yang dijalankan agensi itu pada Ogos lalu.

Katanya, program tersebut melibatkan kerjasama penghulu-penghulu kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Dalam pada itu, di Kampung Banir Tembus, Simpang Empat di sini, dua beradik berusia 20 dan 21 tahun turut menerima sijil kelahiran masing-masing daripada agensi tersebut yang membolehkan mereka untuk membuat MyKad. - UTUSAN ONLINE