Selain kerusi roda, Kassim Abdullah, 79, turut menerima bantuan barangan keperluan hasil sumbangan Ahli Parlimen Kangar, Shaharuddin Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kayang, Ahmad Bakri Datuk Ali.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Alor Tok Kerang, Mohd. Yusri Yusop hari ini.

Mohd. Yusri sementara itu berkata, pemberian barangan itu bukanlah untuk menagih simpati atau sempena pilihan raya akan datang, tetapi merupakan ziarah yang memang dijalankan setiap bulan.