Video Oleh SHOLINA OSMAN

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peruntukan itu untuk membangunkan sistem saliran, pengurusan, logistik, jentera dan juga pusat pengumpulan.

“Kita sedia berbincang dengan kerajaan negeri untuk bajet tambahan selain peruntukan sedia ada,” katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Harumanis 2017 di Dewan Seri Semarak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Bengkel itu dianjurkan oleh Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM), MARDI, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perlis, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ( NCIA) dan FAMA.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Presiden PAUPM, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail dan Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Ahmad Shabery berkata, pihaknya juga akan menimbangkan cadangan Syed Razlan supaya kerajaan menyediakan geran untuk penyelidikan harumanis yang kini merupakan aset negara. - UTUSAN ONLINE