Menurut laporan Jabatan Ke­ba­­­ji­kan Masyarakat (JKM) negeri, se­hingga kini, 15 pusat pemindahan dibuka di seluruh Perlis.

Jumlah mangsa yang dipin­dahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong adalah sebanyak 310 orang membabitkan 86 keluarga manakala di SK Panggau pula 150 mangsa daripada 46 keluarga.

Pengarah JKM Perlis, Mohd. Hazam Ismail berkata, mangsa di SK Bintong akan dipindahkan ke SK Stella Maris jika dinaiki air.

JKM kata beliau, menyediakan makanan yang dipek selain bantal, selimut, kain pelekat dan batik untuk mangsa yang memerlukan.

Mohd. Hazam ber­ka­ta, bantuan sama ju­ga diberikan kepada mang­sa yang memilih untuk tinggal di pe­nempatan tidak rasmi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shahruddin Ismail me­­minta kerajaan negeri mem­percepatkan pem­binaan Projek Lencongan Ban­jir Barat kerana penduduk di Kampung Tebing Tinggi dan Wang Besar terpaksa menghadapi banjir sebanyak tujuh kali sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata, keadaan itu me­nyebabkan penduduk me­nang­gung kerugian bukan sahaja akibat kerosakan barangan di rumah malah pertanian.

Menurut Shah­ru­d­din, kawasan ter­­sebut sebelum ini bebas ban­jir sehinggalah pro­­­jek yang belum si­ap berkenaan dija­lan­kan.

Seorang pen­du­duk, Mahida Ismail, 40 berkata, dia ber­sama suami dan tiga anaknya terpaksa berpindah kerana rumah mereka dinaiki air separas pinggang manakala di luar rumah separas dada.

“Kali ini air naik dengan cepat tidak sampai satu jam sudah masuk ke dalam rumah sehingga tidak sempat menyelamatkan barang,” katanya yang tinggal dalam jarak 100 meter dari kawasan pembinaan terowong untuk Projek Lencongan Banjir Barat.