Video oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

Presiden Kelab Sukan, Motor dan Rekreasi Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail berkata, sebanyak tujuh kategori dipertan­dingkan dalam karnival yang berlangsung selama dua hari itu termasuk expert (pakar).

Kata beliau, berikutan sambutan hangat yang diterima itu, pihaknya merancang untuk menganjurkan karnival tersebut di peringkat antarabangsa pada tahun depan.

“Ini sekali gus mampu menarik peminat sukan lasak berkenaan khususnya dari negara jiran, Thailand untuk datang ke negeri ini.

“Kita yakin di Thailand, terdapat ramai peminat sukan ini, apatah lagi trek yang terdapat di Sungai Batu Pahat ini bertaraf antarabangsa,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran karnival tersebut di sini.

Menurutnya, pihaknya mendapat idea menganjurkan karnival itu selepas melihat sambutan hangat dalam kalangan golongan anak muda dalam sukan tersebut semasa Pesta Angin Timur 2018, baru-baru ini.

“Maka sebab itu, kita anjurkan karnival ini untuk menarik anak-anak muda yang sering berpe­leseran di Kuala Perlis datang ke sini (Litar Motocross Sungai Batu Pahat).

“Kita rancang untuk meng­adakan pertandingan motocross secara kecil-kecilan setiap tiga bulan dengan bayaran minimum manakala di peringkat antarabangsa setahun sekali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut yakin kira-kira 4,000 pengundi baharu di Parlimen itu akan menyokong Barisan Nasional (BN) berikutan pelbagai program khusus dianjurkan yang melibatkan secara langsung golongan ber­kenaan.

Selain pertandingan, turut di­adakan gerai-gerai jualan dan persembahan artis pada malam­nya bagi memeriahkan karnival itu.