Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Unimap taja pelajar ke IYIA, Jakarta

Perlis - KANGAR, 13 SEPTEMBER 2017 - Naib Canselor Unimap, Prof.
Perlis - KANGAR, 13 SEPTEMBER 2017 - Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal (tengah) berkata sesuatu kepada pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau dan Sekolah Kebangsaan Sena yang menerima tajaan sebanyak USD500 yang akan menyertai International Young Inventors Award (IYIA) ke-4 di Jakarta dalam satu majlis ringkas di Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Bangunan KWSP di sini, semalam. Gambar; Muhamad Iqbal Rosli. Pemberita; Sholina (Meja Am Utusan)

KANGAR 13 Sept. – Penajaan tiga beradik dan seorang lagi pelajar ke Anugerah Pencipta Antarabangsa (IYIA) yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia dari 22 sehingga 24 September ini membuktikan komitmen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) untuk menggalakkan generasi muda menghasilkan produk inovasi.

Naib Canselor Unimap, Profesor Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan berterusan supaya lebih ramai penyelidik dilahirkan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

“Ini bertepatan dengan saranan kerajaan supaya universiti memberi tumpuan terhadap penyelidikan oleh pelajar sekolah iaitu diberikan fokus lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan berjumlah AS$500 (RM2,100) kepada tiga beradik dan seorang lagi pelajar di pejabatnya di sini, hari ini.

Tiga beradik itu terdiri daripada Najihah Humairah Mohd. Najmuddin, 12; Najidah Humaira, 10, dan Najmuilmi Hakim, 8, kesemuanya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sena.

Seorang lagi ialah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, Muhamad Idham Yustialmy, 13.

Ketiga-tiga beradik itu akan mempertaruhkan ciptaan mereka, iaitu produk A Novel Mint & Marigold Ant Repellent (MM-ARI Shooh!) dan Vegi Compost Bucket.

Ciptaan produk semburan penghalau semut tersebut menggunakan sepenuhnya bahan semula jadi supaya selamat digunakan manakala produk kedua untuk dua kegunaan, iaitu menanam sayur-sayuran dan menghasilkan baja kompos di ruang kecil seperti pangsapuri.

Muhamad Idham pula dengan ciptaan Fast Response Robbery Report (Fast3R), iaitu dengan hanya menekan satu butang pada sistem itu, kes jenayah seperti rompakan dapat diterima dengan lebih pantas oleh balai polis berbanding panggilan telefon.

Kesemua pelajar terbabit berjanji akan melakukan yang terbaik supaya dapat pulang dengan kejayaan bagi mengharumkan nama negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain