Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, golongan itu perlu diberi bantuan kerana mereka banyak berjasa kepada negara dan begitu dekat dengan parti tersebut.


Katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan kebajikan rakyat.


“Saya sedia bantu mereka (PVATTBM) untuk memulakan perniagaan seperti menyediakan wang RM400 hingga RM500 sebagai permulaan berniaga atau membeli peralatan perniagaan,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PVATTBM 2017 yang dihadiri seramai 250 orang ahli persatuan tersebut di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Arau di sini hari ini.


Yang turut hadir Presiden PVATTBM Cawangan negeri, Ismail Abidin.


Dalam pada itu, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau akan membawa tiga resolusi persatuan tersebut iaitu meletakkan wakil mereka di dalam Tabung Angkatan Tentera dan Majlis Perbandaran Kangar serta menaikkan wang Bantuan Bakti Negara (BBN) kepada RM5,000 kepada pucuk pimpinan kerajaan. - UTUSAN ONLINE