Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Perlis Abd Aziz Yaacob berkata daripada jumlah itu 26 rumah telah diserahkan dan bakinya dijangka siap dalam tempoh terdekat.


"Program Baiti Jannati adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB untuk membantu golongan miskin membaik pulih rumah mereka," katanya kepada Bernama semasa ditemui pada majlis kesyukuran Projek Baiti Jannati peringkat negeri tahun ini di Abi Padang Macang di sini, hari ini.

Anggota Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad menyempurnakan penyerahan replika kunci kepada pemilik rumah Zarina Othman, isteri kepada Mohammad Shukeri Mohamad Basri yang tidak dapat hadir kerana terlantar di hospital sejak dua hari lepas akibat penyakit asma.

Rumah pasangan itu dibina semula dengan kos RM50,000 termasuk dilengkapi dengan kelengkapan isi rumah.

Zarina, 37, yang ditemui kemudian menzahirkan rasa syukurnya kerana mendapat bantuan TNB dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang turut menyumbang bagi membina semula rumahnya yang sangat uzur.


Sebelum ini, beliau dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu traktor serta enam orang anak mereka berumur dari lima hingga 18 tahun tinggal di rumah peninggalan arwah ibu mertuanya.- BERNAMA