Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian perlu diterapkan oleh seluruh umat Islam bagi memperolehi kesejahteraan dunia dan akhirat.

“Selain itu, penyatuan masyarakat Islam di Perlis dan di Wilayah Andaman, Thailand khususnya Ranong dalam sama-sama meninggikan syiar Islam juga perlu sentiasa diperkasakan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menghadiri program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Ranong di Masjid Jannatul Naim, Ranong, Thailand, hari ini.

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar , Datuk Seri Azlan Man dan Penasihat Undang-Undang negeri, Wan Jeffry Kassim.

Dalam program berasingan , Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 150 orang anak yatim di kawasan berkenaan.

Baginda berada di wilayah itu selama dua hari bagi menyempurnakan program tahunan Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman. - UTUSAN ONLINE