Ia bakal dibangunkan di atas tanah lot 2225, 2226 (lot lama 2891) 9252 (lot lama PT 5468), 20032 berkeluasan 16.28 ekar dan merupakan pembangunan secara usahasama di antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (“PKENPs”) selaku pemilik tanah dan THP Perlis Sdn. Bhd. (100 peratus milik penuh kumpulan TH Properties) selaku pemaju. Perjanjian usahasama ini telah ditandatangani pada 16 Disember 2015.

Demikian dipersembah maklumkan kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam satu majlis kunjungan sembah mengadap oleh wakil pengurusan TH Properties Sdn Bhd di Balai Menghadap Biru Istana Arau tengahari semalam.

TH Propertiies Sdn Bhd diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Mohzani Datuk Dr. Abdul Wahab dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Roszali Othman.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - UTUSAN ONLINE