Sumbangan kepada murid berkenaan disampaikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pengarah Komunikasi Charity Right, Zurin Wok Nordin berkata sumbangan itu untuk seisi keluarga murid terbabit antara lain bertujuan memastikan murid datang ke sekolah dalam keadaan kenyang.

Katanya buat masa ini hanya sekolah ini menerima bantuan itu di Perlis dan pihaknya berhasrat untuk memperluaskan program berkenaan ke beberapa sekolah yang telah dikenal pasti pada masa akan datang.

“Sumbangan ini kami dapat daripada pelbagai badan korporat contohnya pada hari ini sumbangan diterima dengan sokongan DS Borneo Trading Sdn Bhd dan pereka fesyen terkenal Melinda Looi,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan itu di sekolah berkenaan.

Zurin berkata mana-mana pihak yang berminat untuk menyampaikan sumbangan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.charityright.com. - BERNAMA