Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)nya, Prof. Madya Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, ini adalah sebahagian daripada Misi Bantuan Pasca Banjir Pulau Pinang yang diketuai oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai urusetia.

“USM akan memberikan maklumat kawasan yang perlu dibantu oleh sukarelawan yang dihantar ini,” katanya.

Pelepasan kesemua sukarelawan yang menaiki sebuah bas untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan telah diadakan di Kampus Unimap Kubang Gajah dekat sini hari ini.

Dijangka sukarelawan ini akan membantu rumah-rumah mangsa banjir yang melibatkan kawasan Ayer Hitam dan Bandar Perda, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE