Baginda bertitah, peluang dalam bidang keusahawanan mampu menjana pendapatan, bukan semata-mata untuk menjaga tahap kesihatan diri.

“Keusahawanan dalam bidang sukan mampu untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan seseorang,” titah baginda semasa merasmikan Pertandingan Futsal anjuran Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) 2017 di D'Futsal Centre di sini kelmarin.

Pertandingan itu dianjurkan kali ke tujuh sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis pada 17 Mei depan.

Sebanyak 85 pasukan mengambil bahagian dalam empat kategori yang dipertan­dingkan iaitu Bawah 16 Tahun Lelaki, Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Lelaki Maahad Tahfiz.

Yang turut hadir Yang Dipertua PPKL, Azmi Talib.

Baginda bertitah, rakyat juga mengutamakan kesihatan sebagai jaminan untuk sentiasa cergas dan cerdas bagi memikul tanggungjawab bagi memba­ngun dan memajukan negeri dan negara.

Titah baginda, kualiti kesihat­an amat penting supaya kehidup­an dapat dinikmati de­ngan baik.

“Jika tahap kesihatan baik maka mudah untuk rakyat me­rebut peluang pembangunan yang dirancang oleh kerajaan,” titah baginda.

Baginda bertitah, sukan bukan sekadar menguji kekuatan dan kehebatan fizikal tetapi le­bih utama ia membina hubungan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.