Amirul Ahmad, 28, berkata, isterinya, Ku Irsyuhada Ku Ahmad, 25, selamat melahirkan bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram itu, berkongsi tarikh lahir dengan sepupunya yang dilahirkan pada Hari Kebangsaan tahun lalu.

Amirul berkata, isterinya dijangka bersalin pada 30 Ogos.

“Mungkin anak ini hendak lahir pada Sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang mana kami sekeluarga tidak jangkakan sama sekali,” katanya selepas Program Lembaga Pelawat HTF Bayi Merdeka 2017 di HTF, di sini hari ini.

Perasmian dilakukan Isteri Menteri Besar, Datin Seri Nor Aswana Omar.

Yang turut hadir Pengarah HTF, Dr. Othman Warijo; Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HTF, Ali Ismail dan Ketua Jabatan Ginekologi HTF, Datuk Dr. Zaridah Shafie.

Sempena Hari Kebangsaan tahun ini, seramai tujuh bayi lelaki dilahirkan di hospital tersebut sejak tengah malam tadi.

Selain itu antara ibu yang me­lahirkan bayi pada Hari Kebangsaan 2017 termasuk Nazirah Zainuddin, 23, (bayi seberat 3.03kg pada pukul 2.17 pagi), Wan Nur Izzati Wan Mahzir, 23, (bayi seberat 2.7kg pada pukul 2.47 pagi), Nor Shuhaini Shukri, 17, (bayi seberat 2.84kg pada pukul 4 pagi), Nurul Wahidah Aseah, 32, (bayi seberat 3.04kg pada pukul 6.20 pagi) dan Sharifah Muna Syed Mudayah, 41, (bayi seberat 2.81kg pada pukul 6.19 pagi.

Bayi terakhir dilahirkan oleh Nurul Nashrah Mohamad Nor, 29, pada pukul 9.21 pagi yang seberat 2.78kg.