Pengarahnya, Azizah Ahmad berkata, dalam operasi bersepadu itu, empat yang ditahan turut didapati positif dadah jenis me­thamphetamine.

“Pemilik rumah tersebut yang disyaki ‘tauke’ ketum didapati negatif dadah semasa menjalani ujian saringan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azizah berkata, operasi bersepadu yang bermula pukul 11 pagi itu dijalankan di dua lokasi membabitkan rumah berkenaan dan salah satu pos kawalan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) Padang Besar.

Jelasnya, penduduk setempat sepatutnya melaporkan tentang kejadian itu bagi memastikan kawasan perumahan mereka bebas daripada menjadi sarang penghasilan air ketum.

“Komuniti sepatutnya bersama-sama menangani gejala tidak sihat ini,” katanya.