Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, acara tersebut akan diberi kelainan sedikit kerana bakal diadakan di sebelah malam.

Katanya, langkah itu bagi memberi peluang seluruh rakyat negeri ini menyertai acara diadakan nanti.

“Ia juga membolehkan umat Islam mengadakan persiapan Hari Raya Aidiladha pada siangnya apatah lagi ada yang berpuasa sunat kerana pada hari itu (31 Ogos) merupakan hari wukuf,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri yang dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan para pegawai kanan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan. - UTUSAN ONLINE