Program anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPPN) perlis, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail.

Turut hadir Mohd. Zaki Abdul Rahman, Pegawai Kemajuan Negeri Perlis, wakil pihak berkuasa Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan GiatMara Negeri Perlis.


Shaharuddin Ismail menyifatkan program tersebut merupakan satu medium terbaik dalam memastikan kehidupan rakyat sentiasa dibela.


“Saya yakin perlaksanaan program ini membolehkan rakyat berpendapatan rendah dibantu dan mereka dapat tinggal dalam keadaan rumah yang lebih selesa menjelang sambutan hari kemerdekaan dan hari raya Aidaladha,” katanya.


“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengenal pasti pelbagai kaedah dan merangka pelbagai program demi kesejahteraan rakyat dan bersempena Aidiladha yang bakal menjelang ini, Parlimen Kangar turut melaksanakan agihan korban kepada golongan yang memerlukan pada hari raya kedua,” tambahnya.


PPPN Perlis telah dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti 10 buah rumah penduduk miskin yang berdaftar di bawah bank data kemiskinan Nasional ( e-Kasih ) di negeri ini untuk dibaiki. menerusi program itu, kesemua rumah tersebut dijangka mengambil masa selama dua hingga tiga minggu untuk proses membaik pulih siap dilaksanakan.


Lebih unik, pelaksanaan program kali ini dilaksanakan secara gotong royong dan mengenalpastikan konsep strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) Melalui kerjasama dengan pelbagai agensi dan anggota masyarakat.


Che Lah yang ditemui semasa program perasmian tersebut ternyata gembira dan bersyukur kerana rumah yang sudah rosak dimakan anai-anai tersebut bakal dibaiki.


Pegawai Kemajuan Negeri Perlis, Mohd. Zaki Abdul Rahman berkata, bantuan baik pulih diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah uzur tetapi masih ekonomik untuk dibaiki.


Katanya, skop bantuan baik pulih hanya melibatkan kompenan kompenan asas rumah dan tidak termasuk kerja kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah. 


Pertimbangan terhadap penerima bantuan yang layak melalui program ini juga terdiri daripada golongan B40. Untuk permulaan pelaksanaan program baik pulih rumah ini melibatkan tukang rumah tradisional atau kecil-kecilan di kawasan kampung.


Malah, belia di kawasan setempat yang tidak bekerja turut diberikan peluang untuk terlibat dalam projek baik pulih rumah bagi membantu mereka menjana pendapatan tambahnya.