Mangsa yang dalam perjalanan dari arah Utan Aji ke Kangar maut di tempat kejadian, kira-kira pukul 11 pagi itu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew berkata, lori tersebut yang dalam perjalanan menghantar barang ke pasar raya berkenaan telah membelok ke sebelah kiri di simpang jalan kawasan itu.

“Motosikal mangsa dari arah belakang telah bergesel pada bahagian pintu lori tersebut sehingga menyebabkan mangsa terbabas melanggar tembok simen seterusnya melambung ke dalam longkang.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat manakala pemandu lori itu pula ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE