Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Arief Syakhir Afizar,19, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew berkata, ketika kejadian, kereta jenis Perodua Kelisa yang dinaiki mangsa dari arah Kampung Santan telah terbabas memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Semasa kejadian, permukaan jalan didapati licin berikutan hujan. Kita telah memaklumkan kemalangan berkenaan kepada waris mangsa. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

“Manakala pemandu Toyota Hilux itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE