Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Keurusetiaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Halina Abd. Wahid.


Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof.


Seramai 250 orang pelajar dalam kalangan keluarga asnaf terpilih yang dikenal pasti oleh sekolah-sekolah terlibat hadir ke program berkenaan yang masuk kali ke-19 dilaksanakan pada tahun ini anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).