Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Panglima 6 Briged Tentera Darat Malaysia (TDM), Brigadier Jeneral Abdul Aziz Ismail dan Panglima Markas Infantri 30 Briged TDM, Brigadier Jeneral Hashim Aman Shah.

Dalam pertemuan itu, Mohamad bertukar-tukar pandangan dengan Tuanku Syed Sirajuddin mengenai pelbagai isu melibatkan pertahanan negara.

Tuanku Syed Sirajuddin juga pernah melalui pengalaman peribadi sebagai seorang pegawai tentera ketika menghadapi ancaman komunis, konfrantasi dengan Indonesia dan juga peristiwa 13 Mei sewaktu berkhidmat di dalam Kor Peninjau Diraja yang kini dikenali sebagai Kor Armor Diraja pada 1960-an.

Tuanku Syed Sirajuddin, lulusan Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) dari United Kingdom juga adalah Kolonel Yang Dipertua Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja manakala Tuanku Syed Faizuddin Putra pula ialah Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat.- UTUSAN ONLINE