Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut mengiringi Qaley Ali ialah Setiausaha Keduanya, Eldaniz Musayev dan Setiausaha Ketiganya, Taleh Nazarli.

Dalam kunjungan itu, Qaley Ali memperkenalkan negara beliau kepada baginda-baginda selain menyentuh mengenai topik-topik ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan pelancongan.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa persahabatan antara Azerbaijan dan Perlis akan dapat diperkukuhkan lagi terutamanya setelah melihat hasil program Kembara Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (Unimap) ke Baku, Azerbaijan pada November lalu.

Beliau juga mempersembahkan perasaan terujanya berpeluang menyertai program kayuhan berbasikal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf bersama Tuanku Syed Faizuddin pada sebelah petangnya.

Program itu membolehkan beliau melihat sendiri keprihatinan ahli-ahli kerabat diraja negeri ini yang diiringi ketua-ketua jabatan kerajaan negeri beriadah sambil membantu rakyat jelata.

Selain untuk Malaysia, Qaley Ali yang berpejabat di Kuala Lumpur sejak empat setengah tahun yang lalu juga bertanggungjawab untuk kepentingan negara beliau bagi Brunei, Myanmar dan Thailand. - UTUSAN ONLINE