Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan anugerah-anugerah tersebut yang dianjurkan bersempena ‘Hari Anugerah Kecemerlangan dan Kokurukulum Sekolah Menengah Kebangsaan Derma 2019’ di Dewan Syed Mahmood, di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan Pengetua SMK Derma, Fauziah Abdul Hamid.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.

Para penerima ‘Anugerah Cemerlang’ yang menerima pingat, sijil dan wang tunai RM1000 adalah :

1. Saw Yi Xuan - SMK Tuanku Lailatul Shahreen (9A+ 1A).

2. Najah Afiqah Binti Rose Aza - SMK Derma (9A+). dan

3. Navya A/P Krishnan - SMK Derma (8A+ 1A).

Sementara itu, para penerima ‘Anugerah Khas’ yang menerima sijil dan wang tunai RM500 pula adalah :

1.Tan Ying Jing - SMK Derma (9A+ 1A-).

2. Mohamad Amir Bin Khairul Nor - SMK Agama Arau (9A+ 2A-).

3. Muhammad Asyraf Bin Rosdi - SMK Agama Arau (8A+ 3A).

4. Hannan Razin Bin Muhd Abdul Hafidz - SMK Derma (8A+ 1A).

5. Nur Fasihah Binti Mohamad Fadhli - SMK Agama(P) Alawiyah (10A+ 1A).

6. Foo Yong Zhen - SMK Derma (8A+ 1A 1A-). dan

7. Yeoh Wei Wang - SMK Kuala Perlis, (8A+ 1A 1A-).

- UTUSAN ONLINE