Berangkat sama ialah anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Antara yang turut hadir ialah ketua delegasi yang juga Pengarah Bahagian Perolehan dan Rangkaian Bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Mohamed Ghous Ahmad dan Ketua Penyelaras Program, Mohd. Redzuan Sheriff.

Lebih 80 orang bekas pelajar serta ahli keluarga mereka menyumbangkan lebih RM30,000 melalui penganjuran pelbagai aktiviti kemasyarakatan sepanjang tempoh selama tiga hari berkampung di negeri ini, kali ini.

Mohd. Redzuan dalam ucapannya berkata, selain aktiviti kemasyarakatan, mereka juga berkesempatan meluangkan masa mengambil bahagian di dalam program kayuhan berbasikal Majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke-67 tahun ini.

“Kami juga berpeluang menyelusuri Sungai Perlis dari Jeti Kampung Tok Kuning ke Kuala Perlis dengan menaiki lapan buah bot. Selain itu, melawat beberapa destinasi pelancongan menarik seperti Muzium Almarhum Kota Kayang, Masjid Terapung Al-Hussain dan Taman Desa Asnaf MAIPs di Batu Bertangkup.

“Di samping itu, Arked Niaga Padang Besar, Galeri Diraja Arau dan juga menghadiri satu kenduri kahwin di Kampung Sena, Arau,” katanya.

Tambah beliau, seluruh ahli alumni teruja menyaksikan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh Tuanku Syed Faizuddin melalui MAIPs bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.

“Kami berhasrat untuk datang kembali ke Perlis pada masa hadapan untuk turut sama secara terus menerus menunaikan tanggungjawab memberikan sumbangan daripada aspek kewangan mahu pun kepakaran,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE