Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro-Canselor Unimap.

Turut hadir, isteri Zul Azhar, Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zain.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor Unimap merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zul Azhar atas segala khidmat bakti yang dicurahkan beliau sebagai Naib Canselor Unimap bermula dari 1 Mei 2016 sehingga esok.

Titah baginda, antara kejayaan Zul Azhar ialah apabila Unimap memperolehi penarafan Quacquarelli Symonds (QS) - Lima Bintang bagi Audit QS Stars untuk tempoh 2019-2021.

Selain itu, Unimap disenaraikan dalam 500 universiti terbaik menerusi QS World University Ranking by Subject bagi bidang Kejuruteraan dan Teknologi 2017.

Universiti itu juga menerima pengiktirafan QS World University Ranking: Asia - Unimap dalam 201 terbaik Asia (2018) dan diiktiraf lima bintang dalam Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (Setara) dan D’Setara.

Zul Azhar turut cemerlang apabila diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM); Menggubal Dasar Penjanaan Pendapatan untuk setiap jabatan berjumlah RM1.8 juta bagi tempoh 2016-2018 dan menggalakkan konsep ‘Endowmen dan Waqf’ di universiti berkenaan.

Di bawah kepimpinan Zul Azhar, Unimap juga diiktiraf sebagai salah sebuah ‘Universiti Autonomi’ pada 2018. - UTUSAN ONLINE