Baginda bertitah, rakyat bakal mendapat manfaat daripada inisiatif yang diperkenalkan itu selain mampu menjadi penggalak terhadap pertumbuhan ekonomi rakyat.

Titah baginda, melalui aktiviti kitar semula itu ia dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan saban hari.

“Justeru, dengan pengurusan, budaya serta amalan yang baik ini, kehidupan kita akan menjadi lebih bersih, selesa, selamat dan lestari selari dengan usaha kita untuk menjadi sebuah negeri dan negara yang lebih maju di masa hadapan, Insya-Allah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melancarkan Program Recycle For Life Perlis E-Idaman 2019 di Hotel Putra Regency Kangar di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Ir. Mhd. Saiful Anuar Zainal.

Turut hadir ialah Penasihat Undang-Undang negeri, Wan Jeffry Kassim.

Baginda turut menyeru semua pihak supaya terus mempamerkan tanggungjawab masing-masing serta menyokong usaha E-Idaman dalam memberikan kesedaran kepada umum mengenai kepentingan amalan kitar semula ini.

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis berkenan menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian Persefahaman kerjasama di antara pihak E-Idaman dan YTSP.- UTUSAN ONLINE