Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengerusi Kelab Memancing dan Rekreasi Perlis, Zulkefli Amin Mat Jusoh dan setiausahanya, Mohd Saiful Abdul Aziz.

Sebanyak 25 buah bot terlibat dalam program yang masuk tahun kedua penganjurannya itu.

Dalam pertandingan tersebut, setiap pasukan yang diwakili oleh tujuh peserta itu akan terlibat dalam aktiviti mencandat, memancing dan juga menjala sotong.

Selain Perlis, para peserta kali ini juga terdiri daripada mereka dari Kedah, Selangor dan Perak.- UTUSAN ONLINE