Keberangkatan baginda di pejabat OCM itu disambut oleh Ketua Pegawai Operasinya, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah; Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Yang turut hadir, Pendakwah Antarabangsa, Syeikh Hussain Yee yang turut meluangkan masa menyampaikan ceramah bertajuk apa itu Sunnah di hadapan kira-kira 100 orang peserta.

Untuk rekod, OCM adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh MAIPs bagi melaksanakan program dan aktiviti dakwah serta memperjelaskan persepsi yang baik mengenai Islam.

Pada masa ini, terdapat lima pasukan sukarelawan yang terdiri daripada 120 orang dalam organisasi itu bagi menjalan kerja-kerja kebajikan dan dakwah.- UTUSAN ONLINE