Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengurus Besarnya, Nik Ahmad Kamal Nik Mustapha dan Pengurus Kanan Operasi, Abdul Malik Abdul Rahman.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd Yusof dan Pegawai Kewangan negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Baginda serta para tetamu diberi penerangan tentang fungsi dan peranan TTPC dalam menjana elektrik untuk negeri ini, Langkawi dan sebahagiannya dari Kedah.

TTPC memulakan operasi semenjak 31 Mac 2003 dan pernah memenangi Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia (MCOSH) pada tahun 2006 dan Anugerah Industri KETTHA 2013 atas prestasi keselamatan yang cemerlang.

TTPC mempunyai seramai 62 orang kakitangan yang kebanyakannya mempunyai kepakaran dan latar belakang petroleum dan gas bagi mengawal selia loji jana kuasa secara automatik. - UTUSAN ONLINE